Akan Ada Kejutan

Saingan Liga Malaysia musim depan boleh dikatakan penuh kejutan dan pembaharuan apabila buat kali pertama dalam sejarah semua pasukan tampil dengan status sebagai kelab bola sepak berbanding sebelum ini yang hanya bernaung di bawah persatuan.

Namun, perkara lebih mencuri tumpuan membabitkan pasukan Liga M adalah masing-masing tampil dengan nama baharu, namun tetap mengekalkan identiti negeri masing-masing.

Antara nama pasukan yang menjadi bualan ramai adalah Kedah selepas menukar nama kepada Darulaman FC sekali gus mencetuskan pelbagai maklum balas peminat skuad Hel@ng Mer@h.

Nama itu diumumkan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah , Muhammad Sanusi Md Nor selepas proses penswastaan daripada persatuan ke kelab bola sepak berakhir kelmarin.

Selain itu, skuad Tok G@jah turut mengumumkan nama baharu bagi pasukan terbabit iaitu Sri Pahang FC dan dipercayai penggunaan Sri ada kaitan dengan legenda popular di negeri berkenaan.

Perak pula memilih nama sinonim dengan mereka iaitu Bos Gaurus FC pada musim depan.Menurut sumber Persatuan Bolasepak Perak , nama berkenaan antara yang disebut bakal digunakan pada musim depan berdasarkan pendaftaran ketika proses penswastaan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Khas Bola Sepak Pr0fesional Persatuan Bolasepak Malaysia , Mohd Firdaus Mohamed berkata, pihaknya tidak meletakkan garis panduan terhadap nama setiap pasukan untuk musim depan.

Beliau berkata, setiap pasukan boleh menggunakan nama bersesuaian, namun perlu mendapat persetujuan Liga Bolasepak Malaysia.Proses penswastaan tidak meletakkan syarat setiap pasukan harus mengekalkan nama atau identiti masing-masing berdasarkan negeri.

Cuma setiap perubahan nama perlu dikemukakan kepada MFL untuk mendapatkan kebenaran perubahan nama pasukan nanti,katanya.

Sumber:HM