Aidil Sedia Terima Apapun Keputusan KFA

Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak masih menanti perancangan baharu pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) untuk skuad Lang Merah selepas pemilihan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Noor sebagai peneraju baharu.

Jurulatih kelahiran Singapura ini berkata, meskipun berdepan beberapa !su selain masalah tunggakan gaji dan kewangan, beliau tetap setia dan yakin pihak pengurusan mampu menanganinya dalam sedikit masa lagi.

“Hati saya tetap di Kedah. Walaupun ada sedikit ker!sauan, saya tetap setia dan keluarga saya juga memberi sok0ngan kepada saya.

Saya bersedia menanti apa saja perancangan baharu yang bakal ditentukan oleh pengurusan KFA dalam sedikit masa lagi kerana kita tahu banyak perkara perlu diuruskan. Sudah pasti saya juga berdoa untuk kejayaan segala perancangan berkenaan.

Saya sedia memberi sokongan sepenuhnya untuk terus menjayakan pasukan walaupun kita tahu pengurusan juga harus menyelesaikan banyak perkara penting secara serentak buat masa ini, katanya.

Aidil yang membimbing Kedah merangkul kejuaraan Piala FA musim lalu berkata beliau bersedia berhadapan dengan perancangan bajet yang sesuai untuk menyelesaikan masalah bagi melancarkan pasukan yang akan berhadapan Liga Malaysia (Liga M) Ogos ini.

Sumber:BH

Selepas pelantikan presiden dan naib presiden baharu, Radhi Mat Din selesai pada sesi Kongres Luar Biasa 12 Julai lalu, kini KFA melalui fasa awal bagi meneruskan proses penswastaan kelab bola sepak bagi memenuhi syarat pelesenan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Konfeder@si Bolasepak Asia (AFC) untuk musim depan.