Aidil Akan Terima Tawaran Itu,Jika ‘KFA’ Tidak Berminat

ALOR SETAR: Walaupun sudah menyatakan kesetiaannya bersama Kedah, Aidil Sharin Sahak resah apabila Persatuan Bolasepak Kedah  masih belum memulakan perbincangan mengenai kedudukannya musim depan.

Ketua jurulatih Lang Merah itu berkata, perbincangan itu perlu bagi membolehkannya mendapatkan gambaran sebenar mengenai perancangan KFA termasuk menjelaskan isi hatinya selepas terdapat laporan berita beberapa pasukan Liga Malaysiamahu mendapatkan khidmatnya.

Saya masih menanti pihak KFA untuk bersemuka bagi membincangkan hal kerjaya dan perancangan musim depan.

Kebanyakan pasukan Liga M sudah mula membuat perancangan awal untuk hala tuju pasukan masing-masing, tetapi saya masih belum menerima apa-apa perbincangan seperti yang saya harapkan.

Jika KFA tidak mahu mengadakan perbincangan hingga pertengahan bulan ini, saya terpaksa membuat perancangan berdasarkan tawaran kelab lain.

Agak hairan juga apabila tiada wakil KFA yang datang memberi gambaran mengenai kedudukan saya musim depan dan sebagai jurulatih pr0fesional, saya berharap perkara ini perlu dimulakan seawal mungkin. katanya.

Aidil menegaskan tanpa sebarang perbincangan, beliau merasakan seolah-olah dirinya tidak dihargai selepas apa yang sudah dikorbankan untuk Kedah selama ini.Jika Kedah masih memerlukan khidmat saya, mereka perlu bertindak lebih cepat mengadakan rundingan dan inilah yang saya harapkan.Sebagai pr0fesional, saya juga perlu membuat perancangan teliti mengenai masa depan dalam pasukan serta hala tuju kerjaya saya.

sumber:HM

Saya harap KFA dapat menyatakan perancangan mereka dengan lebih cepat agar saya dapat memberi fokvs dalam apa yang sedang saya usahakan khususnya untuk kemajuan bola sepak Kedah, katanya.