‘Agen’ Mat Yo Lepas Tangan

Penye rang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha meluahkan rasa kecewa terhadap ejennya yang gagal dihubungi tatkala beliau kini sangat memerlukan bantuan.Ejen berkenaan menjadi individu bertanggungjawab membawa bekas pemain Pahang itu menyertai kelab Liga 1 Thailand, BG Pathum United bagi musim 2020 pada Januari lalu.Norshahrul atau Mat Yo menjelaskan bahawa dia kini umpama ‘sebatang kara’ dalam mengharungi perjalanan kariernya sebagai pemain import di negara jiran itu.Katanya, dia amat memerlukan khidmat nasihat daripada ejennya itu terutama dalam hal berkaitan dengan situasi semasa wabak COVID-19. Sudah banyak kali saya cuba menghubungi beliau tetapi panggilan dan mesej yang dihantar langsung tidak berbalas. Saya tidak tahu kenapa.Tapi beberapa hari lalu saya ada terbaca laporan media yang mana beliau memberikan komen terhadap isu mengapa ramai pemain Singapura menjadi pilihan kebanyakan kelab Liga Malaysia bagi kuota pemain import ASEAN.

Jadi saya harap, beliau tolong hubungi saya kerana beliau yang bertanggungjawab membawa saya ke Thailand tetapi apabila saya berdepan masalah ketika ini, beliau menghilangkan diri,” kata Norshahrul yang kini masih berada di Bangkok.Norshahrul, 34, membuat keputusan mencuba sesuatu yang baharu untuk beraksi di luar negara selepas berkhidmat dengan banyak pasukan di Liga Malaysia termasuk Kelantan, Johor Darul Ta’zim JDT, ATM, Terengganu, Felda United dan Pahang.Dalam pada itu, Norshahrul turut menjelaskan dia masih menjalani latihan seperti biasa bersama kelabnya di Bangkok, biarpun Liga 1 Thailand turut ditangguhkan sama seperti Liga M. Sama seperti di Malaysia, pemain di sini (Thailand) juga diminta berbincang untuk pemotongan gaji, katanya.Jadi dalam hal berkaitan ini juga saya memerlukan nasihat dan bantuan daripada ejen saya itu kerana saya keseorangan di sini sebagai pemain luar. Usaha BH Sukan mendapatkan reaksi ejen terbabit semalam juga gagal selepas dia tidak dapat dihubungi.

sumber BH