‘Agen Mat Yo Kembali Balas Kenyataan ‘

PENGARAH Urusan Offside Sports, Abdul Halim Abdul Shukor tampil menjawab dakwaan penye rang kebangsaan yang kini beraksi bersama kelab Liga 1 Thailand, Bangkok Glass Pathum United, Norshahrul Idlan Talaha yang mengatakan dia menghilangkan diri dan gagal dihubungi.Menurutnya, dia bukan menghilangkan diri sebaliknya tidak mahu membuat sebarang komen kerana terdapat kes yang masih belum selesai antara dirinya, Norshahrul, ejen Thailand (Pro24), Bangkok Glass dan Persatuan Bola Sepak Thailand (Thailand FA).Sebelum Norshahrul tandatangan dengan saya, tanpa pengetahuan saya dia telah terlebih dahulu tandatangan dengan seorang ejen agensi Thailand iaitu Pro24.Apabila Norshahrul tandatangan dengan kelab Bangkok Glass, ejen Pro24 itu membuat aduan kepada Thailand FA dan jugak Bangkok Glass. Kes ini masih berjalan dan kemudian dengan kemunculan v!rus C0vid-19, mungkin kes itu akan ambil masa yang panjang. Disebabkan itu, sampai sekarang Bangkok Glass tidak bayar yuran ejen kerana kes masih tergantung.Setelah dapat nasihat dari sudut undang-undang, saya pilih untuk berdiam diri untuk tempoh ini, katanya. Terdahulu, Norshahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo meluahkan kekecew@an terhadap Abdul Halim yang gagal dihubungi tatkala dia kini amat memerlukan bantuan terutama untuk meminta nasihat berkaitan dengan situasi semasa di sebalik penularan wabak C0vid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Matyo kecewa ejen hilangkan diri Abdul Halim merupakan individu yang bertanggungjawab membawa Norshahrul menyertai kelab Liga 1 Thailand, BG Pathum United pada Januari lalu.Menurut Norshahrul, dia kini umpama sebatang kara dalam mengharungi perjalanan kariernya sebagai pemain import di negara jiran itu.Dalam pada itu, kata Abdul Halim, dia tetap menolong Norshahrul dengan perkara harian seperti mencari rumah dan lain-lain lagi menerusi rakan kongsinya di Thailand.Saya telah cuba hubungi ejen Pro24 tersebut untuk berbincang tetapi dia tetap berdegil hendak ambil tindakan. Itu hak dia.Sebenarnya saya tidak mahu !su ini jadi besar tapi kerana Norshahrul buat kenyataan yang saya menghilangkan diri, saya terpaksa jawab juga, katanya.