AFC sahkan venue perlawnan Malaysia bertemu UAE dan Vietnam, serta Bahrain

Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan rasmi melalui laman sosial Facebook mereka menyatakan bahawa telah menerima pengesahan dari Konfederasi BolaSepak Asia (AFC) berkenaan venue perlawnan Malaysia bertemu UAE dan Vietnam.

Seperti yang kita tahu, Malaysia akan menghadapi UAE pada 26 Mac sebelum menerima kunjungan Vietnam pada 31 Mac 2020 nanti.

Mengikut pengesahan dari pihak AFC yang diterima, perlawnan bertemu UAE akan diadakan di Stadium Al Maktoum, Dubai manakala perlawnan bertemu Vietnam pula akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Aksi Harimau Malaya | Mac 2020Asian Football Confederation telah mengesahkan venue Hari Perlawanan 7 & 8…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Monday, January 27, 2020

FAM juga telah mengatur 1 perlawnan persahabatan untuk memanaskan badan menjelang perlawnan bertemu UAE terutamanya apabila memberikan pengesahan akan berjumpa pasukan kebangsaan Bahrain pada 21 Mac 2020 di Stadium Khalifa City, Isa Town.

2 perlawnan pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 adalah sangat penting bagi skuad bimbingan Tan Cheng Hoe dimana keputusan kedua-dua perlawnan ini akan menjadi indikator penting samada Malaysia akan layak ke pusingan 3 kelayakan Piala Dunia 2022 seterusnya layak terus ke saingan Piala Asia 2023 atau pun perlu melalui perlawanan kelayakan Piala Asia yang berikutnya.

Berdasarkan apa yang telah dipersembahkan oleh skuad Tan Cheng Hoe sebelum ini, kita memiliki peluang yang baik sebenarnya untuk melakukan ‘upset’ keatas pasukan-pasukan dalam kumpulan G dan layak ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2022 Zon Asia.

Kita boleh!