Adik Pelakon Cuba Nasib Bermain Bersama Pasukan Liga Malaysia

Adik kepada pelakon terkenal tanah air, Zahirah MacWilson iaitu Haziq MacWilson kini sedang intai peluang untuk beraksi bersama pasukan Liga Malaysia dalam masa terdekat. Menurut bapanya, Zainol MacWilson dalam laporan Arena Metro, anaknya itu mempunyai pengalaman beraksi dengan beberapa kelab yang berpangkalan di Perth, Australia antaranya Wanneroo FC, Joondalup FC, Kingsley FC dan Stirling Lions FC.Malah, Haziq turut menyimpan hasrat untuk menyarung jersi skuad kebangsaan satu hari nanti.Sejak usia lima tahun, Haziq menunjukkan minat dalam sukan bola sepak, malah turut menyertai Akademi Kelab Bola Sepak Woodhouse di South Yorkshire, England. Karier bola sepak Haziq terus berkembang sebaik kami sekeluarga berpindah ke Perth, Australia apabila dia mendapat tawaran daripada beberapa kelab tempatan untuk beraksi bersama mereka. Melihat kepada kemeriahan Liga Malaysia menyebabkan dia mahu mencuba nasib bermain bersama pasukan tempatan, namun sehingga kini tiada pihak memanggilnya untuk menjalani latihan, katanya.Kata Zainol melalui laman instagramnya, beliau tidak kisah anaknya beraksi bersama pasukan Liga Super atau Liga M3 asalkan dapat pulang ke Malaysia selepas menamatkan pelajarannya di Australia. Dia sebenarnya baru saja tamat pengajian dalam bidang perakaunan dan kewangan dari Universiti Curtin dan mahu memberi tumpuan sepenuhnya dalam kerjaya bola sepak.Setakat ini, dia mendapat maklum balas p0sitif daripada pengurusan kelab yang disertainya dan berharap dapat menyertai pasukan tertentu dalam masa terdekat ini, katanya