Ada Sogokan RM300 – RM3500 Punca Peniaga Har@m Berani

PUTRAJAYA: Sogokan bulanan di antara RM300 hingga RM3,500 bagi setiap premis, dipercayai menjadi punca perniagaan h@ram dan tanpa lesen berleluasa di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh.

Nilai s0gokan terbabit yang dibayar kepada angg0ta penguat kuasa yang mengawasi kawasan itu, dipercayai bergantvng kepada saiz prem!s dan jenis perniagaan yang dijalankan.

Antara prem!s yang membayar s0gokan itu termasuk kedai makan tanpa lesen, penjualan r0kok, gerai yang menjalankan perniagaan di tempat tidak dibenarkan dan premis perjudian.

Sumber berkata, maklumat sog0kan itu dikesan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selepas men@han tiga pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam berusia 41 hingga 49 tahun, pagi ini.Dua daripada penguat kuasa yang ditahan bertugas di MBSA Cawangan Sg Buloh, manakala seorang lagi dari MBSA Shah Alam.

Seorang peniaga rok0k seludup keturunan Acheh yang tidak mempunyai sebarang dokvmen turut ditahan.

Sumber berkata, siasatan mendapati peniaga yang ber0perasi sejak tahun lalu itu, membayar RM300 sebulan kepada penguat kuasa bagi mengelak sebarang tindakan.

Siasatan mendapati, susulan sogokan yang diterima secara bulanan itu, anggota penguat kuasa terbabit berperanan pengkhianat dengan membocorkan maklumat berhubung operasi-operasi yang akan dilaksanakan.

Ini menyebabkan setiap 0perasi yang dijalankan gagal dan telah diketahui awal oleh peniaga-peniaga har@adminm ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan tersebut dan tidak menolak kutipan rasuah secara bersindiket berlaku dalam kalangan anggota penguat kuasa.

Beliau menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut berhubung aktiviti rasvah di kalangan penguat kuasa tampil memberikan kerjasama.

Tegasnya, identiti dan maklumat pemberi maklumat akan dilindungi sepenuhnya.Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. Kesemua yang ditah@n akan dihadapkan ke mahkamah bagi permohonan reman dibawah seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Sementara itu, BH difahamkan warga Acheh yang ditahan itu tidak mempunyai sebarang dokvmen perjalanan dan dia akan diserahkan diserahkan kepada pihak Imigresen bagi t!ndakan lanjut.

Semalam, Ahmad Khusairi berkata, SPRM akan memberikan tumpuan kepada pegawai serta anggota penguat kuasa atas kesalahan menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di sekitar Sungai Buloh.

Ia susulan pendedahan seorang lelaki yang dikenali sebagai Asri Janggut menjadi tular selepas memuat naik beberapa video mengenai kewujudan pusat judi haram online haram serta kedai runcit menjual rokok seludvp.

Sumber:BH

Perkara itu bagaimanapun dinafikan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’atun Abu Bakar dan MBSA namun ia menjadi hangat selepas mendapat perhatian daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang turun sendiri ke lokasi kejadian.