Ada Perbuatan Yang buat saya Menyesal

Perkara yang tidak sempat dilakukannya selepas dipec@t selaku pengendali skuad Gerg@si Merah berkuat kuasa serta-merta semalam.Menurutnya, beliau yakin masih mampu untuk membawa Selangor mengakhiri saingan CIMB Liga Super musim ini dalam kelompok tiga terbaik sekiranya terus mendapat kepercayaan Persatuan Bola Sepak Selangor .

Saya tetap bangga sebab saya jadi pengendali Selangor, tetapi saya tidak dapat menjalankan tugas dan apa yang saya nak buat. Saya tahu dengan tiga perlawnan akan datang dan menent@ng pasukan yang saya fikir boleh dapat sembilan mata, kedudukan Selangor akan berubah. Kalau kita nasib baik mungkin dapat berada di kedudukan kedua, jika tidak peluang sangat cerah untuk berada di kedudukan ketiga liga.

Malah, dalam saingan Piala Malaysia, jika kesemua pemain cergas dan tidak ced3ra, kemungkinan Piala Malaysia pun kita boleh harapkan sesuatu. Itulah harapan dan apa yang saya nak buat. Kalau kita ambil contoh selepas liga bersambung semula akibat C0-v!d-19, dua perlawnan yang kita seri menent@ng PJ City FC dan Melaka United sepatutnya kita menang. Kalau lihat statistik, kita ada banyak peluang untuk menjaringkan gol.Jika menang kita sudah berada di kedudukan kedua dengan 14 mata ketika ini.

Tetapi, itulah perkara-perkara kecil yang buat saya sedikit menyesal dan tidak berlaku seperti yang diharapkan, katanya kepada Sinar Harian semalam. Terdahulu, Sathianathan dipec@t oleh FAS berkuat kuasa serta-merta semalam selepas prestasi kurang memuaskan skuad Gerg@si Merah selain kekal@han memalukan 1-6 kepada Johor Darul Ta’zim dalam saingan CIMB Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri Sabtu lalu.Sathianathan yang juga bekas pengendali skuad kebangsaan, Kelantan, Felda United, Angkatan Tentera Malaysia tetap menghormati keputusan FAS tersebut dan mendoakan yang terbaik buat Selangor pada masa akan datang.

Saya juga ucapkan terima kasih kepada pemain Selangor yang memberikan kerjasama kepada saya dan memberikan yang terbaik sepanjang saya mengendalikan pasukan. Saya menikmati setiap detik sepanjang hampir dua tahun saya di Selangor, jelasnya.Kekos0ngan p0sisi yang ditinggalkan Sathianathan menyaksikan Pengarah Teknikal FAS, Michael Feichtenbeiner diberi tanggungjawab membimbing Gerg@si Merah buat sementara sehingga FAS mendapat ketua jurulatih baharu. Dalam pada itu, FAS dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan untuk menamatkan khidmat Sathianathan dibuat selepas membuat penilaian dan mengambil kira kesemua prestasi semasa pasukan.

FAS ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada B Sathianathan atas khidmat beliau mengemudi pasukan. Beliau telah membawa pasukan berada di kedudukan ketiga Liga Super 2019 serta mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia musim lalu, kata kenyataan itu.

Sumber:BH