Ada Pemain Akan ‘angkat kaki’

BADAI masalah kewangan terus melanda pasukan Kelantan apabila dikhabarkan gaji membabitkan pemain mereka sudah mula ‘sangkut’ sejak Mac lalu, sekali gus menyaksikan skuad dari negeri pantai timur itu terus goyah.

Ini dibebankan lagi dengan tuntutan hutang daripada tiga bekas pemain import yang mencecah hampir RM1 juta, sekali gus menyaksikan skuad terbabit kini melalui situasi kr!tikal dan berkemungkinan menerima nasib sama seperti Perlis.

Menurut sumber, tunggakan gaji bukan hanya membabitkan skuad utama, malah tempias juga terkena kepada pasukan Piala Belia dan Presiden.

Malah, dikatakan pasukan belia dan presiden lebih kasihan apabila tunggakan gaji terbabit berlaku sejak tahun lalu dengan mereka hanya dibayar elaun saja.

“Situasi berkenaan menyaksikan Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) berada pada ambang ‘berkubur’ apabila ada antara pemain sudah mula memikirkan untuk ‘angkat kaki’ jika situasi terbabit tidak diselesaikan segera.

“Kafa pula sekarang ini yang boleh dikatakan kekurangan dana sudah tentu pening kepala memikirkan untuk menyelesaikan segala hutang terbabit dalam waktu terdekat,” katanya.