Ada Masalah Punca Sumareh Bakal Berhijrah

BADAI tunggakan gaji akibat pand3mik Cov!d-19 tidak mengenal pasukan berstatus g3rgasi atau sebaliknya apabila dikhabarkan skuad Pahang terkena tempias menghadapi masalah pembayaran kepada pemain dan pegawai pasukan sejak Februari lalu.

Walaupun perkara terbabit kurang berlegar di media sosial namun sumber rapat pasukan itu akhirnya membuka mulut dengan mengesahkan pemain dan pegawai pasukan hanya menerima sebulan gaji sejak Februari lalu.

Situasi bertambah runcing apabila skuad Pahang turut menghadapi masalah kekurangan dana untuk menyelesaikan masalah terbabit sekali gus menyaksikan pemain dan pegawai pasukan terpaksa berputih mata mendapatkan bayaran gaji tertunggak itu.

Pemain dan pegawai sukan hanya memendam saja perkara terbabit dan sehingga kini mengharapkan pengurusan dapat menyelesaikan masalah terbabit secepat mungkin.

Jika diikutkan masalah itu menyebabkan beberapa tonggak Pahang terutama yang akan tamat kontrak hujung tahun ini angkat kaki atau pertimbangkan untuk ke pasukan lain.

Melihat situasi semasa dengan Liga Malaysia (Liga M) masih lagi tidak boleh dijalankan dalam masa terdekat menyebabkan keadaan skuad Pahang dilihat semakin goyah dan tidak mustahil ramai pemain berstatus bintang akan lari meninggalkan pasukan, katanya ketika dihubungi Arena Metro hari ini.

Skuad bimbingan Dollah Salleh itu antara pasukan menyertai Melaka, Kelantan dan Kedah yang menghadapi masalah pembayaran gaji ketika negara dilanda pand3mik Cov!d-19.

Juara Piala FA 2018 itu sebelum ini dilihat sudah menghadapi masalah kewangan apabila saat akhir melepaskan tonggak pertahanannya Matthew Davies ke Johor Darul Ta’zim (JDT).

sumber:- HM

Sementara itu, beliau juga berkata, sememangnya terdapat wakil daripada JDT sudah merisik pemain naturalisasi pertama negara dan tonggak Pahang Mohamadou Sumareh namun perbincangan lanjut masih lagi berjalan.

Dikhabarkan Sumareh mungkin meninggalkan Pahang namun bukannya disebabkan tamat kontrak bersama skuad Pahang tapi lebih kepada masalah pembayaran gaji yang dilihat membelenggu mereka, katanya.