Ada Dua Orang Ni ,Mudah Kerja Dalam Padang- Piya

Nama Badhri Radzi dalam bola sepak Kelantan mungkin tidak akan dilupakan dalam sejarah pasukan The Red Warriors atas segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan sehingga berjaya membawa skuad itu mengecapi saat manis dalam Liga Malaysia suatu ketika dahulu. Pemain yang lebih dikenali dengan panggil Piya itu kini sedang beraksi dengan pasukan Kelantan United telah berkongsi dengan VocketFC beberapa cerita ketika era kegemilangan pasukan Kelantan terutama sekitar musim 2010 hingga 2014 termasuk kisah gandingan dibahagian tengah bersama Shakir Shaari.

Shakir Shaari Adalah Enjin Utama Pasukan Kelantan. Shakir Shaari ni memudahkan kerja saya dalam padang. Ini adalah antara kata-kata yang keluar dari mulut bekas kapten Kelantan itu apabila diajukan soalan berkenaan gandingan beliau dan Shakir Shaari. “Shakir dibelakang saya ini adalah enjin pasukan. Dia buat kerja dibawah, dan saya pula untuk attack sahaja. Kalau saya sendiri rasa ada tenaga, saya akan turun support Shakir dibawah. Nak cari macam Shakir ni payah la. Contoh paling dekat adalah macam Hariss Harun di JDT.

Perlu ada juga pemain seperti ini dalam pasukan untuk gallo dirty work, collect bola, ambil bola 2nd ball, pass kepada saya dan saya uruskan selepas itu. Ada Shakir Shaari, Saya Tidak Penat, Sempat Buat Keputusan Dengan Tepat. Piya turut mengakui ketika bergandingan dengan Shakir Shaari dalam pasukan Kelantan dahulu, beliau ‘tidak penat’ beraksi sebab dibahagian bawah Shakir Shaari sudah cover dan hanya perlu menunggu hantaran untuk attack pasukan lawan. Sebab itu saya sendiri mampu untuk menjaringkan gol, membuat assist dan saya sendiri mempunyai masa yang banyak untuk fikir untuk buat through-pass pada masa yang tepat.

Jadi mental saya pun tidak penat, dan kalau masih ada tenaga biasanya saya akan turun cover Shakir pula.” bolasepak-20 Apabila diajukan soalan adakah benar sekiranya salah seorang tidak dapat turun beraksi, maka perkara itu akan menjejaskan prestasi pasukan terutama dibahagian tengah Kelantan, dan ini jawapan dari Piya. Ada juga begitu. Saya dan Shakir sebenarnya cukup serasi sehinggakan saya disuruh untuk stay diatas tak payah turun. Gandingan saya dan Shakir amat simple, kedua-dua buat kerja masing-masing. Sebagai contoh, dia akan rampas balik bola dan buat hantaran kepada saya yang sedia untuk serang lawan. Itu saja. Ketiadaan Shakir dalam game memang akan membuatkan rencana pasukan sedikit ‘cacat’ atau ugoh tidak lengkap.

Bila bola ada dikaki, Shakir ni cukup rileks, tenang dan tiada masalah. Kelantan Tiada Pengganti Posisi Shakir Shaari Sehingga Kini. Piya menjelaskan selepas penghijrahan Shakir ke JDT, mereka sentiasa mencuba ramai pemain untuk mengisi posisi yang ditinggalkan itu tetapi sukar untuk menemuinya. Defensive midfield ketika itu sentiasa bertukar. Lama sebenarnya untuk mencari pemain yang boleh atau sama seperti Shakir.

Saya tanya, siapa boleh ganti pemain posisi Shakir dalam pasukan Kelantan sampai hari ni? Tak dok. Memey takdok. Kehilangan Shakir pada 2014 tu memang menjejaskan saya dan pasukan. Saya rasa lebih penat kerana turun kebawah kutip bola, bawa keatas, berfikir nak tolak bola lagi dan sebab itu tidak mampu untuk beraksi seperti prestasi sebelum ini. “Macam sebelum ini, tiada masalah saya main bola sebab Shakir ada. Nak cari pemain macam Shakir Shaari ni, sampai hari ni tak jumpa lagi.