Ada 6 Lagi Sangkut

Persatuan Bolasepak Kelantan mengesahkan masih mempunyai baki hutang kira-kira RM2 juta membabitkan tunggakan gaji pegawai dan pemain import.Jumlah itu tidak termasuk nilai lebih setengah juta yang perlu dilunaskan persatuan itu kepada bekas pemain import, Cassio Francisco De Jesus.

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman menjelaskan kebanyakan kes berkenaan membabitkan pegawai dan pemain import bagi musim 2017 hingga 2019.Ada kes pemain import yang kita sudah selesaikan sebelum ini dan ada sesetengah lagi yang mana mereka sudah minta peguam mereka bawa kes ke FIFA. Kita tunggu saja, kadang-kadang FIFA pun lambat juga buat keputusan.Saya rasa ada lima atau enam kes lagi belum selesai, tapi tidak membabitkan kes besar seperti Cassio. Saya rasa jumlah hutang pegawai dan pemain import ada lagi lebih kurang RM2 juta, katanya kepada BH Sukan, semalam.

Sebelum ini, KAFA dilaporkan berdepan lebih tujuh kes tunggakan gaji membabitkan bekas pemain import dan pegawai pasukan itu berada di Persekutuan Bolasepak Antarabangsa dengan jumlah tunggakan kira-kira RM4 juta.Ia termasuk kes Cassio yang mana KAFA sudah diarahkan oleh FIFA untuk menjelaskan hutang membabitkan tunggakan gaji berjumlah RM629,620.28 kepada pemain Brazil itu dalam tempoh 30 hari bermula 23 April lalu.

Selain itu, Husin mendakwa krisis C0VID-19 menjadi faktor utama segala perancangan yang dirangka sebelum ini termasuk menyelesaikan hutang tidak dapat dilaksanakan.Kita memang ada pelan perniagaan, tapi disebabkan C0VID-19 ini, ia terbantut kerana hasil jualan tiket tiada, penaja pun ada yang tak nak bayar.Sepatutnya semua sudah berada dalam perancangan kita. Jadi, kita pun harap benda itu kes tunggakan boleh dilanjutkan ke tahun depan, selepas COVID-19 dan kita boleh tumpu selesai isu Cassio dahulu, katanya.

sumber :BH