ACL bukan mudah, FC Seoul akan lebih mencabar, kami berserah– Aidil Sharin

Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak yang ditemui dalam sidang media selepas pusingan kelayakan kedua, Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 berkata yang lawn selepas ini, FC Seoul akan lebih mencabar.

Kedah melangkah bergaya ke pusingan akhir kelayakan selepas menvndukkan wakil Hong Kong, Tai Po FC dengan keputusan 5-1, terima kasih atas hatrik Kipre Tchetche dan dua gol pemain sayap, Hadin Azman.

Beraksi di Stadium Darul Aman yang dipenuhi hampir 20 ribu penyokong, ternyata Helang Merah tidak menghampakan apabila mudah untuk menvndukkan juara Hong Kong Premier League musim lalu itu.

“Sememangnya, ia akan lebih mencabar, kita akan bertemu FC Seoul. Selepas perlawnan tadi, saya sempat semak keadaan cuaca di sana, ianya 2 darjah celsius, Semestinya ia satu perubahan yang besar daripada lingkungan 30 darjah celcius kepada 2 darjah celsius.

“Selain itu, kesan perjalanan ke sana dan kita hanya ada tujuh hari untuk bersedia berdepan mereka,” jelas Aidil Sharin mengenai cabaran selepas ini berdepan kelab yang menduduki posisi ketiga K-League 2019.

“Kita tahu ianya bukan sesuatu yang mudah [berdepan FC Seoul], kita perlu bekerja dua kali ganda lebih kuat. Ini kerana, Korea [Selatan] sentiasa akan berada di tahap lain, di atas kita. Itu kita perlu akuinya.

“Tetapi saya sentiasa percaya, dalam b0lasepak, kita perlu bekerja keras untuk mendapatkan keputusan yang baik. Dan dalam bolasepak, apa sahaja boleh berlaku,” jelas pengendali berusia 42 tahun itu lagi.

Bercakap mengenai keputusan besar yang diraih malam tadi, Aidil Sharin mahu pemain-pemainnya menikmati terlebih dahulu kemenangan ini, sebelum kembali berlatih dan fokus untuk aksi seterusnya.

“Alhamdulillah, kita dapat apa yang kita mahukan malam ini. Tahniah untuk semua pemain-pemain saya untuk kerja keras yang mereka berikan. Kita tahu, ini bukan satu perlawnan yang mudah untuk menentng lawn seperti Tai Po FC. Keseluruhannya, saya sangat-sangat gembira dengan pemain-pemain saya pada malam ini.

“Bukan mudah untuk beraksi di ACL dan capai keputusan sebaik ini, jadi saya mahu mereka menikmatinya dan kemudian fokus semula untuk aksi seterusnya,” jelas pengendali kelahiran Singapura itu lagi.

Kedah akan berdepan FC Seoul di Stadium Piala Dunia Seoul pada 28 Januari depan dan pemenang perlawnan ini bakal layak ke peringkat kumpulan ACL serta ditempatkan dalam Kumpulan E.

Kredit Foto: Kedah FA