ACL 2020: Benteng JDT Kukuh Sebab Fadhli Shas

Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali bernyawa dalam saingan AFC Champions League (ACL) 2020 selepas menew@skan wakil K-League, Suwon Samsung Bluewings dengan keputusan 2-1 pada semalam.Pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, jaringan Gonzalo Cabrera dan Mauricio de Nascimento berjaya memberikan JDT kemenangan pertama dalam saingan ACL musim ini.

Pada perlawnan semalam, salah seorang pemain JDT iaitu Fadhli Shas mencur! tumpuan apabila beliau menampilkan prestasi memberangsangkan di bahagian pertah@nan skuad H@rimau Selatan itu.Fadhli, yang sebelum ini banyak beraksi bersama skuad pembangunan, Johor Darul Ta’zim II diberikan peluang untuk tampil dalam kesebelasan utama dimana beliau digandingkan dengan Mauricio. Fadhli dan Mauricio mencipta satu gandingan yang baik dimana kedua-dua pemain berjaya menghentikan asakan yang dilancarkan oleh barisan sera ngan Suwon. Meskipun pintu gol JDT dibol0si dengan satu gol menerusi jaringan Terry Antonis pada separuh masa kedua, namun Fadhli dan Mauricio kekal tenang dalam mengawal benteng JDT bagi memastikan pintu gol mereka tidak dibol0si.

Jika Fadhli Shas meneruskan prestasi sepertimana perlawnan semalam, tidak mustahil beliau terus menjadi pilihan ketua jurulatih, Benjamin Mora untuk bergandingan dengan Mauricio dalam kesebelasan utama pasukan. Selain itu, beliau juga berpeluang untuk kembali memperkuatkan pasukan kebangsaan seperti sebelum ini. sumber:vocketfc