Abang Juara,Adik Tewas

Kuching FA mencatat kemenangan keempatnya dalam sa!ngan Liga Premier selepas menew@skan Johor Darul Ta’zim II 2-1 di Stadium Negeri di sini malam ini.

Pasukan tuan rumah menjaringkan gol pendahuluan seawal minit ke-22 hasil sep@kan penalti Bryan Jones Anicezio yang dihadiahkan pengadil Azriel Baharudin selepas pemain pelawat Che Rashid Che Halim menolak Yuki Tanigawa di dalam kotak penalti.

Pemain imp0rt JDT II Fernando Rodriquez Ortega menyamakan jaringan menjadi 1-1 dengan remb@tan derasnya menew@skan penjaga gol Kuching FA, Mohd Iqbal Mohd Suhaimi, pada minit ke-49.

Kuching FA sekali lagi berada di hadapan apabila pemain importnya dari Jepun Yuta Suzuki yang menerima hantaran rakan sepasukan dan meremb@t deras bola menew@skan penjaga gol JDT II untuk gol kedua dan tiga mata penuh buat tuan rumah pada minit ke-57.

sumber:SH