4 hari kayuh dari Bangkok demi Thailand

KUALA LUMPUR: Demi memberikan s0kongan kepada skuad kebangsaan Thailand, pasangan suami isteri, Adul Ithipatanat dan Amonrat Wongbugram sanggup men3mpuh perjalanan lebih 900 kilometer (km) dari Bangkok ke sempadan Malaysia berhampiran Bukit Kayu Hitam dengan berkayuh basikal.

Kelibat Ithipatanat dan Wongbugram pantas m3ncuri perhatian orang ramai khususnya penyokong H@rimau Malaya yang tiba lebih awal di Stadium Nasional, Bukit Jalil bagi mendapatkan tiket masing-masing, sebentar tadi.

Apatah lagi, Ithipatanat yang dikenali sebagai Mr Thailand turut mengenakan kostum unik, Siam Warriors yang merupakan p@hlawan Thailand.

Bertemakan tema ‘No Limit To Cheer’,  Ithipatanat berkata, dia memakai kostum itu untuk menceriakan suasana.

ADUL Ithipatanat.

“Kami ambil masa empat hari untuk tiba di s3mpadan di Sadao dari Bangkok. Ada kalanya kami berkayuh dan ada juga kami menaiki pengangkutan awam.

“Agak mustahil untuk kami berkayuh sepanjang jalan. Dari sempadan, kami ke Kuala Lumpur menaiki pengangkutan awam.

“Tujuan saya pakai kostum ini lebih kepada untuk menceriakan suasana. Perseteruan Malaysia dan Thailand hanya dalam padang tetapi di luar, kita adalah kawan,” katanya ketika ditemui di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Skuad H@rimau Malaya akan turun menghadapi G@jah P3rang pada aksi keempat Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, malam ini.

Ketika ini, skuad kendalian Tan Cheng Hoe menghuni tangga keempat, hasil kemenangan 3-2 ke atas Indonesia sebelum tewas 2-1 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan 1-0 kepada Vietnam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *