Ubi Muda DiBedal 28 Selangor 6 JDT

Bekas Ketua Pengawai Eksekutif NFDP, Safirul Abu Bakar hari ini tampil untuk memberikan penjelasan mengenai perkara berkaitan dengan pampasan atau ‘development fee’ para graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang begitu panas diperkatakan terutamanya selepas kenyataan B.Santhianantan beberapa hari lalu.Safirul terpanggil untuk mendedahkan perkara ini kerana beliau terlibat secara langsung dalam memasarkan batch pertama AMD ini.

Kebimbangan Ibu Bapa Dan Pemain Mula Disuarakan.Lebih kurang dalam bulan April atau Mei tahun ini, beberapa orang pemain dan ibu bapa batch pertama AMD ini ada menyatakan sedikit kerisauan tentang masa depan bolasepak mereka selepas keluar dari AMD. Mereka merasakan sesuatu harus dilakukan untuk cuba memasarkan bakat mereka samada di dalam atau luar negara.

Semenjak itu saya secara aktif telah berusaha untuk mencari tempat yang terbaik bagi mereka memulakan karier profesional. Cuma pada ketika itu hanya ada 4 atau 5 video resume pemain-pemain AMD utk saya pasarkan ke luar negara. Saya juga telah berjumpa 2 hingga 3 buah kelab domestik untuk dapatkan pandangan.

Syarat Diletakkan Jika Pasukan Domestik Mahu Memiliki Pemain AMD
Ada beberapa syarat yang diletakkan untuk pasukan domestik jika mahu memiliki pemain-pemain ini kerana ianya penting untuk masa depan pemain muda.Bagi memendekkan cerita, akhirnya ada satu pasukan tempatan sahaja yg bersetuju dengan semua syarat-syarat tersebut.

Diantara syarat-syaratnya adalah;

Tandatangan kontrak minimum 2 tahun
Perlu sign lebih dari 15 org
Penempatan double room bukan double decker
Mesti ada exposure game di Liga Super atau Liga Perdana
Mesti ada Technical Director (TD) yang berkelayakan
Pengangkutan ke tempat latihan untuk tahun pertama
KPI menang bukan prioriti untuk skuad piala presiden dan piala belia
Akses untuk masuk ke UiTM
Kursus bahasa ke-3
Gaji minima mengikut gred pemain
Gred bagi pemain-pemain AMD/NFDP akan ditentukan mengikut 5 kategori seperti dibawah;

Kesebelasan utama skuad kebangsaan.
Pemain simpanan skuad kebangsaan.
Dipanggil menyertai kem latihan skuad kebangsaan.
Skuad utama AMD
Skuad kedua AMD
Maka pada bulan Ogos 2019, pasukan FA Selangor telah menawarkan kontrak kepada semua 34 pemain AMD ini kerana Selangor sedang aktif merancang untuk merev0lusikan pasukannya serta membina generasi baharu Merah Kuning.

Perlu diberitahu bahawa bukan mudah untuk pasukan-pasukan tempatan memenuhi semua syarat-syarat tersebut.Setelah itu berlakulah sedikit ‘bidding w@r’ dan hasilnya 28 pemain telah sign bersama Selangor, manakala 6 lagi pemain memilih JDT.

Menurut Safirul, beliau tidak pernah memaksa pemain atau ibubapa dan mereka mempunyai sebab dan pandangan masing-masing.Dalam masa yang sama, Luqman Hakim telah menarik perhatian kelab Belgium, KV Kortrijk dan akan memeterai kontrak profesional pada Mac 2020 apabila beliau mencecah 18 tahun.

Semoga beliau dapat membuka pasaran untuk ramai lagi bakat dari Malaysia.Kecemerlangan Skuad Brad Maloney Dan Selangor Terus Agresif Scout Pemain Muda.Dalam masa yangg sama, pasukan kebangsaan dibawah bimbingan Brad Maloney amat cemerlang tahun ini, dan FA Selangor meneruskan scouting secara agre sif dengann menandatangani 4 lagi pemain dari skuad tersebut yang baru berusia 18 tahun pada tahun ini iaitu;

Mukhairi Ajmal,Firdaus Irman,Aidil Azuan,Aikmal Roslan

Ini bermakna seramai 15 orang pemain kebangsaan B19 tahun kendalian Brad Maloney tahun ini berada di FA Selangor, malahan ada 10 org lagi pemain B19 tahun yang pernah mendapat panggilan pemilihan sepanjang tahun 2019.

5 Perkara Untuk Memutuskan Tentang Pampasan Pemain AMD
Berbalik kepada 1su pampasan yang kini agak panas diperkatakan. Sebelum memutuskan tentang pampasan ada 5 perkara yang perlu diambil cakna seperti;

Banyak perkara asas berkenaan ekosistem liga profesional dalam negara yang perlu dibincang terlebih dahulu melibatkan semua stakeholders dalam negara
Kajian impak ekonomi perlu dijalankan terlebih dahulu.
MFL perlu terbabit dalam jawatankuasa NFDP bagi membincangkan 1su ini
Perlu ada kajian menganai sustainability kerana Malaysia unik disebabkan ada program nasional NFDP. Perlu cari titik pertemuan bersama MFL
Scouting Regulation dan lain-lain hal melibatkan scouting perlu dikaji dengan mendalam.Kesimpulannya, banyak perkara perlu penelitian sebelum menetapkan pampasan dan tidak boleh memutuskan sesuatu perkara itu seperti ‘knee-jerk reaction’ hanya kerana pemain AMD ‘laris’ secara tiba-tiba. Perlu difikirkan juga mengenai pemain-pemain lain di SSM, SSN dan juga PLD.