24 Pasukan Terpaksa Berehat Panjang

Liga Bola Sepak Malaysia mengarahkan semua 24 pasukan Liga Malaysia Liga M ‘berehat sebentar’ daripada menjalani latihan pramusim berkuatkuasa hari ini bagi mematuhi perlaksanaan Perintah Kaw@lan Pergerakan sehingga 26 Januari.

Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd. Amin menjelaskan, semua pasukan Liga M termasuk liga bawahan seperti Liga M3, Piala Presiden dan Piala Belia perlu mematuhi setiap arahan atau prosedur operasi standard seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Kalau kita lihat perkara ini latihan pramusim, kejohanan kita tidak ada, belum lagi bermula. Dijangka pada 26 Februari @ksi Piala Sumbangsih melibatkan Johor Darul Ta’zim dan Kedah, sebelum Liga Super, Liga Perdana, Piala Presiden dan Piala Belia bermula selepas itu.

Tapi kita ikut prosedur yang ditetapkan Kerajaan semalam kelmarin tentang pr0ses ini dan kita pun tak ada pertandingan, hanya latihan. Tapi mereka pasukan perlu patuh untuk tidak melakukan latihan di seluruh negara, seperti yang dibenarkan mengikut SOP prosedur 0perasi standard, kata Hamidin.

Beliau yang juga Presiden Persatuan B0lasepak Malaysia berkata demikian dalam sidang akhbar Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM ke-12 bagi sesi 217-2021 yang berlangsung di Wisma FAM di sini hari ini.

Kata Hamidin, pihaknya sudah menyediakan beberapa ‘pel@n kecemasan’ jika p@ndemik C0-v!d-19 terus meningkat dan PKP dilanjutkan.