2020 Tahun Kebangkitan Azamuddin Akil@Alex77

PEMAIN sayap berpengalaman, Azamuddin Akil berazam menjadikan aksi pramusim skuad Kedah di Kemboja minggu ini sebagai medan persiapan penting buat dirinya.

Dia yang menyarung jersi bernombor 77 pada musim ini juga sedang berusaha gigih dan semakin bersedia melonjak keupayaan dirinya ke tahap prestasi yang lebih baik berbanding musim lalu.

“Musim 2020 sangat penting buat saya dan saya berazam untuk menjadikan tahun ini sebagai kebangkitan di mana saya perlu terus tingkatkan lagi aksi ke tahap lebih baik. Saya perlu buktikan sasaran saya untuk kembali mencapai tahap 100 peratus dengan prestasi terbaik untuk pasukan yang akan menghadapi cabaran besar dan lebih mencabar musim ini,” katanya.

Dia juga mengaku perlu bersaing dengan ramai pemain yang turut memiliki bakat serta semangat jvang tinggi untuk beraksi dalam saingan yang akan bermula nanti.

“Ini persaingan yang sihat untuk pasukan kerana Kedah memiliki ramai pemain yang baik dan saya lihat ia sebagai perkembangan p0sitif. Persoalan sama ada dapat dipilih beraksi itu nombor dua, kerana yang penting adalah prestasi diri sendiri,” katanya.

Azamuddin turut berharap faktor persefahaman dan kelancaran k0mbinasi seperti yang dirancang dapat dicapai sepanjang perlawanan persahabatan yang akan dilalui Kedah di Kemboja bermula 8 hingga 14 Januari ini.

“Menghasilkan keserasian atas padang dan k0mbinasi yang baik adalah penting berbanding keputusan kerana kita perlukan perancangan serta persefahaman yang baik,” katanya.