1,000 Cukup Ke?

PERSATUAN Bolasepak Kedah (KFA) masih menantikan jawapan bagi permohonan kuota 1,000 keping tiket yang dibuat untuk menyaksikan perlawnan Piala Sumbangsih menen tang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada 28 Februari ini.

Penantian ini sekali gus meresahkan penyokong Kedah yang berhasrat menyaksikan aksi bersejarah perasmian stadium baharu dan perlawnan antara dua gerg@si bola sepak tempatan susulan terdapat khabar angin yang mengatakan peruntukan hanya 500 tiket yang akan diberikan kepada Kedah.

Menurut kenyataan Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Asmirul Anuar Aris dalam dalam media sosialnya semalam, pihaknya kini ‘dihujani’ dengan pelbagai panggilan serta surat permohonan oleh penyokong Kedah bagi mendapatkan kuota tiket bagi menyaksikan perlawnan.Ramai yang teruja untuk turun ke gelanggang l@wan bagi menyaksikan sendiri serta memberikan sokongan kepada pasukan negeri Kedah, apatah lagi pihak lawan bakal menggunakan stadium yang baru di bina.

Namun apakan daya kami, sehingga kini Kedah FA masih lagi menanti maklum balas surat yang telah kami hantar kepada JDT manakala salinannya kepada Liga B0lasepak Malaysia (MFL) belum lagi dibalas.Kedah hanya memohon 1,000 keping tiket buat penyokong Kedah.” katanya.

Asmirul pada masa yang sama menolak tanggapan negat!f kerana ia sekadar khabar angin selagi belum diputuskan secara rasmi oleh pihak JDT.

sumber:HM