10 Pemain Termahal Musim 2020

Pemain bintang skuad kebangsaan Thailand yang beraksi bersama Consadole Sapporo, Chanathip Songkrasin dianggap sebagai salah satu pemain import terbaik dalam saingan J. League sejak dua musim kebelakangan ini.

Prestasi cemerlang Chanathip musim lalu nyata membuahkan hasil apabila beliau disenaraikan dalam J. League Team of the season serta kesebelasan import terbaik di liga nombor satu Asia itu.

Baru-baru ini, laman Transfermarkt mengeluarkan senarai 10 pemain termahal dalam saingan J. League musim ini dan pemenang dua kali Piala AFF Suzuki itu tersenarai dalam data yang dikeluarkan.

Chanathip menduduki tangga kesembilan dalam senarai tersebut dimana nilai pasaran semasa beliau berjumlah ฿67 Juta atau RM9 Juta. Ketua pasukan Vissel Kobe, Andres Iniesta menduduki tangga pertama dengan nilai pasaran sebesar RM16.2 Juta.

Berikut senarai lengkap 10 pemain termahal J. League musim 2020 menurut Transfermarkt.

Andres Iniesta – Vissel Kobe (16.2 Juta), 2. Cho Alves – Nagoya Grampus (RM11.9), 3. Fabrizio dos Santos – Urawa Red Diamonds (11.9 Juta), 4. Gen Shoji – Gamba Osaka (RM11.3 Juta), 5. Carlinhos Junior – Shimizu S-Pulse (RM11.3 Juta), 6. Teruhito Nakagawa – Yokohama F Marinos (RM10.4 Juta), 7. Marcos Junior – Yokohama F Marinos (RM9.4 Juta), 8. Cristiano – Kashiwa Reysol (RM9.4 Juta), 9. Chanathip Songkrasin – Consadole Sapporo (RM9 Juta), 10. Shoko Taniguchi – Kawasaki Frontale (RM8.5 Juta)

Selain Chanathip, tiga lagi pemain Thailand turut beraksi di Jepun antaranya Kawin Thamsatchanan (Consadole Sapporo), Theerathon Bunmathan (Yokohama F Marinos) dan Teerasil Dangda (Shimizu S-Pulse).